Tentang Kami

tentang_kami

eJariah adalah sebuah platform digital yang berperanan sebagai wadah untuk masyarakat berbuat kebaikan berlandaskan nilai-nilai Islam. Kami mempunyai visi untuk menjadi platform kebaikan yang terunggul di Malaysia, dengan komitmen kepada pelaksanaan amalan-amalan yang mendalam dan penuh makna, sejajar dengan ajaran Islam yang mulia.

Misi eJariah

Komited dalam usaha memperkasa ummah dengan penyampaian perkhidmatan jariah yang terbaik dan efisien.

Visi eJariah

Sebagai satu institusi yang menerajui penyaluran amal jariah secara inklusif dan berkesan bagi kesejahteraan ummah.

Mutiara Kata
ydm

Allah menjanjikan kemurahan rezeki dan kelapangan hidup bagi mereka yang sentiasa bersedekah di jalan-Nya, malah pepatah Arab turut menyatakan bahawa tangan yang memberi itu jauh lebih baik dari tangan yang menerima.

Sedekah merupakan terapi jiwa bagi mereka yang ikhlas, redha dan berserah kepada Allah.

Menerusi amalan bersedekah juga, ianya bertujuan memberi keinsafan buat kita untuk meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah dan bukannya manusia. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit, perkongsian ilmu pengetahuan serta segala perbuatan baik yang berlandaskan niat bagi mencari keredhaan Allah, juga adalah sebahagian daripada sedekah.

Sedekah mengajar kita agar sentiasa ikhlaskan diri dalam segala amal yang dilakukan dan sesungguhnya Allah pemilik segala rezeki. Sebagai manusia, kita perlu meletakkan sepenuh kepercayaan pada janji Allah.

‎الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلانِيَةً فَلَهُمْ
‎ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Orang-orang yang menginfakkan hartanya di waktu malam dan siang secara sembunyi dan terang-terangan maka mereka mendapat pahala dari Tuhannya. Maka tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak ada berduka cita bagi mereka.” Surat Al-Baaqarah: 274

Ketua Pegawai Eksekutif / Pengasas
ydm

Ameera Nadia Mohd Shafiee

ydm

No.95B, Aras 2, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Wilayah Persekutuan Putrajaya

+603-8861 6792

[email protected]

ydm ydm